Aku Anak Angkat?

>> 12 May 2010

beginikah dunia? kehidupan yang aku tempuhi selama ini hanya sandiwara mereka semata-mata? kenapa aku yang menjadi mangsa? drama-drama yang hanya aku saksikan di kaca televisyen selama ini turut menimpa diriku jua. oh...sungguh berat untuk aku menanggung semua itu. namun apakan daya. nasi sudah menjadi bubur. adakah cukup setakat ini sahaja riwayat hidupku? aku sudah serik...

erm...1stly nak cakap (tulis) ayat atas tu memang agak celaka sikit. kalau korang rasa ada celaka banyak aku terima je...

erm...tapi faktanya pun lebih kurang macam tu la. aku ni anak angkat. yang men-declare perkara tersebut pun mak angkat aku sendiri. aku pun tak sure macam mana rancangan angkat-mengangkat ni berlaku. yang pasti semuanya secara kebetulan. haha...

title aku sebenarnya hanya sebagai seorang penyewa bilik di rumah ini. and then, tiba-tiba berubah. time tu ada tetamu datang rumah, aku ni pun duduk sekali la dalam area perbincangan mereka tu. si tetamu bertanya kepada aku..."yang ni siapa pulak? anak juga ke?" aku jawab la aku bukan anak dia. just sewa bilik je kat dalam rumah tu. tapi lepas tu, terus tuan rumah cakap aku ni ANAK ANGKAT. haha...tak boleh bla bila aku dengar time tu. tapi tak de la aku nak gelak time tu. nanti menjatuhkan martabat keluarga angkat aku lak. haha...

erm...bila dah macam tu ok gak la bagi aku. boleh dapat makan free selalu. pastu sewa tak naik sebab satu family dah konon-kononnya. tapi rasa bersalah lak kat family aku yang tak terangkat tu (keluarga kandung la) sebab aku dengan dorang wat macam ada tak de je. time terdesak baru mencari. time tengah boleh survive, khabar sepatah haram pun tak tanya. ada hati nak angkat-mengangkat lak. hmmm...lantak la. aku memang macam tu. suey...

4 komen:

paie.zah 5:34 PM, May 12, 2010  

so utamakan keluarga sediri sebelum keluarga angkat. ok? :)

APAN 6:16 PM, May 12, 2010  

haha...kalau boleh...

BudakHitam 12:10 AM, May 13, 2010  

jadi anak angkat dari kecik rocks!! wahaha..

Aidi-Safuan 12:10 AM, May 13, 2010  

hahahaha..mintak sewa free la! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP