'Anu' Dalam Botol

>> 13 May 2010

 
hmmm...how to start ni? harap-harap semua faham la apa itu 'anu' dan 'anu' itu apa. kalau korang tak tahu mende apa itu, sila rujuk kepada pihak-pihak berwajib! sebagai seorang yang kadang-kadang berpemikiran ala-ala kuning campur hijau ni, aku tertarik dengan satu judul filem ni. made in malaysia lak tu. rasanaya belum ditayangkan lagi dan coming soon masuk panggung. rasanya la...

filem ni dihasilkan oleh seorang wanita yang bernama Raja Azmi. aku tak kenal pun beliau ni. bila dapat info pasal filem ni baru kenal dengan pembikin yang dikatakan kontroversi ni. beliau ni juga merupakan isteri kepada bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek. kalau husband beliau aku kenal la...kononnya, filem ni adaptasi dari kisah benar seorang sahabat beliau. tak tau la kebenaran info tu....

kat malaysia sebelum ni memang tak de lagi filem macam ni. aku rasa la. kalau ada pun jarang-jarang je kot (aku rasa kompem tak de). filem ni mengisahkan seorang lelaki bernama Rubidin (Arja Lee) yang bercinta dengan seorang lelaki bernama Ghaus (Wan Raja).  maksudnya mereka ini gay la. si Rubidin ni sanggup melakukan pembedahan menukar jantina sebagai tanda sayangnya terhadap si Ghaus ni. dah dasar gay buat pe la nak tukar jantina? tapi selepas membuat pembedahan tu, Ghaus sukar untuk menerima diri Rubidin@Ruby yang bertukar menjadi perempuan. kira tak berbaloi la Ruby buat pembedahan semua tu...semakin lama lepas tu, sifat kelakian Ruby ni datang kembali. kira dah maskulin balik la. Rubidin jatuh cinta pada seorang gadis ni bernama Dina (Diana Danielle). mereka bercinta seperti pasangan normal yang lain. tapi si Rubidin ni sudah tidak mempunyai sifat kelakian yang sempurna. korang pun tau title filem ni apa kan? so, macam mana kesudahannya nanti aku pun tak tahu la...tengok je la...

time lelaki guna nama Rubidin, time jadi perempuan guna nama Ruby. diharap anda paham. apa yang aku paham lagi, dia may be simpan anu dia dalam botol masa buat pembedahan tukar jantina tu. tu pasal title macam tu...

lebih kurang macam tu la apa yang aku paham. kalau korang tak paham, sila masuk mana-mana website yang ada citer pasal movie ni. ni aku bagi link sikit. klik je link-link di bawah kalau nak tahu maklumat lanjut...



layan la trailer filem ni dulu. kasi test dulu. boleh masuk kepala ke tak...

yang bawah ni lak sesi casting untuk watak utama dalam filem ni. antara mereka yang terlibat adalah seperti di dalam video tersebut...






hmmm...wajar ke filem macam ni ditayangkan di malaysia yang penuh dengan tata susila ni kononnya...bagi aku filem ni mungkin boleh bagi kesedaran kepada mereka-mereka di luar sana nun. tapi macam filem rempit and yang seangkatan dengannya tu macam tak de kesan pun kepada mereka-mereka yang terlibat. apa kes??? haha...

6 komen:

vanilla popsicle 7:38 PM, May 13, 2010  

camne diorang ni cam cun je daripada wanita ori. kompius :D

APAN 7:54 PM, May 13, 2010  

cun ke macam ni? geli la wei....haha...

Aidi-Safuan 11:16 PM, May 13, 2010  

kalau tak silap, da tukar tajuk da filem nih

APAN 11:24 PM, May 13, 2010  

ye la kot...aku pun x sure ma...
botol dalam almari ek???

MC 12:00 AM, May 14, 2010  

warghh
tajuk cerita tak boleh blah..
produser malaysia dah xde idea nak buat tajuk ape

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP