SIBUK ke MALAS?

>> 08 May 2010

erm...24 Mei 2010. tarikh tu la yang ada dalam surat dari kolej aku yang menyatakan aku kena menghadirkan diri untuk pembentangan latihan industri (LI). kalau tak silap, lebih kurang dua minggu lagi tu. adush...

untuk pembentangan LI tu nanti, laporan lengkap yang telah dijilid bersama slideshow powerpoint perlu disediakan. kalau tak, tak pasal-pasal kena halau ngan lecture nanti. kalau tak de semua tu aku nak present apa nanti kan??? memang benda wajib la tu...

tapi masalahnya sekarang ni, aku ibarat tak cuak lansung dengan apa yang perlu aku hadapi pada 24 Mei nanti. semangat untuk menyambung sisa-sisa report yang terbengkalai sekian lama tu tak datang lagi. macam mana ni??? sibuk sangat ke aku ni??? nak cakap sibuk tu boleh lak update blog hari-hari. sempat lak online facebook dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. ada lak masa nak baca manga naruto kat internet. hmmm...

kalau kat office sekarang ni memang agak sibuk la kot sebab aku sekarang tengah belajar untuk memahami dan membuat piping drawing. bosan la asyik kena lukis shaft pastu buat documentation. at least, kalau belajar piping tu boleh gak buat modal masa interview nak kerja nanti. lagipun, staft yang kamcing ngan aku yang baik hati nak bagi aku wat. rezeki aku la boleh mem-busy-kan diri kat office. maksudnya time kat office memang tak de masa nak prepare report la sebab kerja dah memang ada.

kalau kat umah lak, rasa-rasa memang tak sibuk mana kot. tak pernah lagi aku buat kerja office kat rumah. tapi kenapa still payah sangat nak sambung buat report ni??? atau memang budaya aku selalu buat kerja last minit??? teruk la kalau begitu nampaknya...

so, ambil kata-kata ni untuk menaikkan semangat aku. BUSY IS LAZY!!! harap-harap berkesan la ayat tu.

sekian.

2 komen:

kitatauke 10:45 AM, May 11, 2010  

salam perkenalan...
penah alami situasi macam ni....jgn pk sgt tarikh 24mei tu....pk tarikh 25mei...huhuh...leh enjoy....:)

APAN 1:45 PM, May 11, 2010  

haha...tq bro...tapi cm bole pakai je nasihat tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP