Suka or Terpaksa Layan

>> 14 June 2010

erm... adakah musik itu lagu atau lagu itu musik? lebih kurang la tu kot. dan aku percaya, banyak orang sepi tanpa musik. ada orang suka dengar pop, ada orang suka dengar rock, dan tak salah kalau nak suka dangdut sekalipun. ada orang layan justin bieber, ada orang layan amy searh dan tak salah juga kalau nak layan ramlah ram ma...

apa yang nak disampaikan di sini, setiap orang mempunyai kecenderungan yang berbeza dalam mendengar musik. juga, aku sure setiap orang pun akan memilih masa yang sesuai untuk mendengar musik. ada orang selesa mendengar musik ketika sedang menyiapkan soalan matematik tambahan, ada orang selesa mendengar musik semasa menyediakan mee maggi ketika lapar dan ada yang lagi hebat, selesa mendengar muzik ketika membaca...

disebabkan setiap manusia ni berbeza-beza, bukan semua orang boleh melakukan seperti yang dinyatakan di atas. ada orang hanya selesa mendengar musik apabila kepala otaknya berhenti berfungsi. maksudnya bebas daripada memikirkan perkara-perkara yang perlu dipikirkan. dan golongan ini sudah pasti tidak selesa apabila mendengar musik ketika membaca. kompem!

dan aku ingin mengaitkan musik ini dengan apa yang aku terpaksa tempuhi saban hari. aku tidak mempunyai minda yang terlalu cergas. jadi, aku sukar untuk memahami penulisan teman-teman ku di blog jika itu merupakan kali pertama aku membaca penulisan mereka. keadaan menjadi bertambah sukar apabila aku tiba-tiba didendangkan dengan lagu kegemaran mereka. malangnya, pembacaan aku tiba-tiba diganggu dengan lagu kegemaran mereka tu dan mood untuk membaca tu terus bertempiaran dan lesap sekelip mata...

erm... mereka mungkin cakap, "blog aku, suka hati aku la", tak pun kalau nak sopan sikit "mampos ko la". memang betul apa yang diluahkan tu tapi kena sedar la sikit. orang lain-lain ma. cara nak feel baca blog sure dah lain-lain. bosan gak kalau asek nak blogwalking je. tak sampai kemana pun. sekali sekala nak gak tinggal komen. tapi bila suasananya macam tu, benda simple jadi sukar ma...

kenapa tak mute volume? loh... kalau masuk nak baca blog mereka tak kan asek kena buat macam tu je kot. bosan ma...

terus kepada point utama. tak salah pun kalau nak pasang lagu dalam blog kita ma, tapi kena pikir keselesaan orang lain gak. pilih la pemain lagu yang memberi pilihan kepada pembaca. maksudnya yang boleh di-pause-kan. tak de la nampak macam memaksa sangat kalau orang lain masuk baca kat blog kita. kita kena la sedar, lagu yang kita layan tu tak semestinya menjadi pilihan orang lain ma. tu je motip aku... hoho...

10 komen:

sha 11:03 PM, June 14, 2010  

Ho ho...setuju gak...tapi lain padang lain belalang...hee

Fay Nana (Cik Fana) 11:54 PM, June 14, 2010  

hahahaaha mungkin anda tak faham dgn penulisan saya yg banyak unsur2 pandang ke KOREA kan?? :)

ohh back to the topic, thats why la kite x letak playlist kat blog sbb ramai dh komplen psl ni. masa blogwalking terpaksa mute kan sound lappy hehe!

lain org lain pendapat. kite kenelah faham care diorg. :P

@ntu_@we 8:13 AM, June 15, 2010  

yup. setuju. kalo blogwalking, ttibe ade lagu, mmg aku terus tutup.

tp tu la, blog derang. cara derang la kan. ape nk kate?

ieQa sWetLuv 9:10 AM, June 15, 2010  

itulah sbb diorg x nak faham dunia blog camne n sesuaikan keadaan, dulu ika pun pasang lagu gak tapi setelah ditegur, baca entry tentang lagu2 ni, so ika pun buang jugakla.. ngee~

yua zawa 12:01 PM, June 15, 2010  

setuju 100%... lau jenis lagu yg slow or lembut je iramanya, boley la layan.. tp lau lagu yg heavy n mmecahkn ggndag tlinga, trus blah.. haha.. tp biasanya mute je laptop.. so x dgr pape la.. ha7

.:miz_acha.: 12:40 PM, June 15, 2010  

betul2x...dr nak comment terus xjadi cmment..dulu acha pon ade letak lagu kat blog..tp cam menyemak jerw terus delete..huhu..

EL MARIACHI 8:18 AM, March 20, 2011  

...TERUSKAN usaha anda..hehehehe...PEACE!!!

mira nur 4:54 PM, March 20, 2011  

salam..ohh okay. saya pandang dari sudut positive.. terima kasih kyaahhhh~.haha. no more songs.lalala

mahani1003 6:28 PM, June 22, 2011  

hoho ... mcm tu ke... x suke aek... huhuhu ok2 ... sy paham... hmmm....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP