Petua Mengatasi Insomnia/Masalah Tidur Cara Islam

>> 26 Januari 2012

Insomnia adalah masalah untuk tidur atau sentiasa terjaga sepanjang malam. Ia boleh berlaku secara berkala/jangka pendek (boleh mencecah 3 minggu) atau berpanjangan (kronik).

Aku ada tengok satu filem, The Machinist. Daripada filem ni baru aku tahu serba sedikit tentang insomnia. Mamat hero tu mengalami insomnia tahap kronik. Bila nak sampai ke penghujung baru aku tahu mamat tu lama giler tak tidur. Daripada sinopsis yang aku baca ni, setahun dia kena insomnia. Tak peliklah rupa dia berubah sampai macam tu sekali.

Kesan insomnia yang boleh dilihat dalam filem The Machinist.

Dan semasa mencari maklumat filem ni baru aku perasan mamat hero keding ni sebenarnya hero katang iaitu Batman a.k.a Christian Bale. Petua apa yang dia guna untuk naikkan berat badan dalam masa yang singkat tidak diketahui.

Kiri; penghidap insomnia keding dalam The Machinist (2004). Kanan; Batman katang dalam Batman Begins (2005).

Lupakan pasal keding dan katang tu dulu. Ini apa yang aku nak kongsikan sebenarnya. Petua Mengatasi Insomnia/Masalah Tidur Cara Islam seperti yang terdapat dalam Seri Kasih.

• Berwudhuk sebelum tidur.

• Membaca Al-Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass).

• Mengucap 2 kalimah syahadah.

• Membaca doa tidur.

• Bercakap/berdoa menyatakan impian saya dalam hidup di dunia dan akhirat.

• Tutup mata dan membaca istighfar di dalam hati sehingga terlelap.

Semua pun mungkin pernah alami masalah ni rasanya. Elakkan daripada mengamalkan 'petua' yang tak sepatutnya.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP