Gunung Rushmore Melahirkan Gunung Hokage

>> 08 Mac 2012

Gunung Rushmore di Amerika Syarikat telah diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1925. Fakta yang lebih menarik adalah ia telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen kebangsaan walaupun sebelum pembinaannya bermula iaitu pada tahun 1927. Ia terletak di Black Hills, bahagian barat daya Dakota. Wajah 4 orang presiden Amerika Syarikat telah dipahat pada permukaan batu-batu bukit. Mereka ialah George Washington, Thomas Jefferson, Abraham Lincoln dan Theodore Roosevelt.


Ukiran wajah-wajah presiden diukir kira-kira 150 meter dari aras lembah dan ketinggian setiap ukiran wajah adalah kira-kira 20 meter. Kos bagi keseluruhan projek adalah satu juta dolar. Satu jumlah yang dikatakan kecil berbanding nilai budaya yang terdapat pada monumen ini.

Idea untuk membina monumen ini datangnya daripada seorang sejarawan Amerika bernama Dan Robinson. Pelaksanaan projek telah dijalankan oleh pemahat bernama Gutzon Borglum yang meninggal dunia pada tahun 1941 sebelum projek yang sedang berjalan siap tetapi berjaya disiapkan oleh anaknya. Berhampiran dengan ukiran gergasi ini, terdapat studio Borglum, sebuah muzium mini yang tersimpan alat-alat yang digunakan dalam pembinaan sebelum ini.






Jika korang kaki manga atau anime Naruto, mesti perasan satu lokasi ni. Kalau bukan kaki sekalipun, menipu sangat kalau tak pernah tengok. Dikenali sebagai "Hokage Monument", "Hokage Mountain" dan juga disebut sebagai "Rock Hokage" (火影 岩, Hokage-iwa), ia merupakan monumen penting dalam Konohagakure. Ia adalah gunung yang terukir semua muka Hokage (Tok Penghulu @ Ketua Kampung) pada permukaan batu.


Terdapat beberapa struktur lain dibina di dalam dan di atas gunung seperti perpustakaan serta kubu persembunyian penduduk kampung ketika berlakunya huru-hara atau darurat.

Perbandingan antara Mount Rushmore dan Hokage Monument.

Sumber dan rujukan: Nexus Images & Narutopedia

Pencipta siri ini mungkin mendapat inspirasi mewujudkan Monumen Hokage dalam sirinya berdasarkan Gunung Rushmore seperti yang telah dikongsikan di atas. Dan buat pengetahuan semua, Uzumaki Naruto telah berjaya bekerjasama dengan musang yang ada dalam badannya tu. Kena tunggu selama 576 episod dalam manga untuk peristiwa ini berlaku. Banyak sangat 'flashback' punya pasal. haha...

Kesimpulannya, agak ketagih membaca kisah si Naruto. Nak dowload anime tak mampu sebab guna broadband je. Baca je la yang boleh...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP