Gambar Banjir Di Sekitar Kuantan (Rabu, 4 Disember 2013)

>> 04 December 2013

Hujan sekali sekala turun dan mula berhenti pada hari ini, Rabu bersamaan 4 Disember 2013 di Kuantan. Beberapa kawasan terjejas banjir sudah mula surut, namun situasi di sesetengah tempat seperti Sungai Isap dan Permatang Badak dilihat semakin serius berbanding semalam.

Gambar-gambar banjir Kuantan untuk 4 Disember 2013:

Pasaraya Borong Tunas Manja - jalan masuk dari Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap.

Perkampungan Sungai Isap - masjid tidak terjejas kerana kawasan tapaknya ditinggikan sebelum struktur masjid dibina. Perancangan yang bijak!

Jalan masuk ke perkampungan Sungai Isap melalui stesen pencawang TNB dari Jalan Tanah Putih.

Jalan masuk ke Permatang Badak atau Sungai Isap dari Jalan Tanah Putih.

Jalan Tanah Putih - SMK Paya Besar di sebelah kiri, masjid di sebelah kanan.

Sekitar luar kawasan masjid yang dinaiki air sebelum persimpangan ke Permatang Badak dari Jalan Tanah Putih.

Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar.

Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar - masih di persimpangan ke Permatang Badak.

Medan Feri di Jalan Tanah Putih berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Kuantan.

Susur keluar dari Jalan Tanah Putih ke KIPSAS dan Pekan.

Banjir di Taman Cenderawasih.

Banjir di Taman Cenderawasih.

SMK Bukit Rangin

Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Petronas berdekatan persimpangan Permatang Badak.

Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Shell berdekatan SK Bukit Rangin.

Jalan utama yang menghubungkan Bukit Sagu dan Kuantan.

Stesen minyak Petronas Jaya Gading - dipenuhi pelanggan yang mahu mengisi minyak kenderaan. Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan menyebabkan stesen-stesen minyak di kawasan berkaitan tidak dapat beroperasi.

Selain mengalami gangguan bekalan elektrik, masalah ketiadaan air juga menambah kesukaran ketika musim hujan begini. Semoga kita semua dapat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP