Taktik Pemilik Apartment Sembunyi Dua Tingkat Tambahan Haram
>> 22 April 2014
Seorang pemilik sebuah pangsapuri mewah di China telah membeli kediamannya ini beberapa tahun yang lalu. Dia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berhasrat mengubah fizikal kediamannya yang berada di tingkat 18, juga tingkat paling atas bangunan.
Pada mulanya, dia bertindak menanam beberapa batang pokok dan semak tebal di atas bumbung bangunan dan tindakannya itu dilihat pelik oleh jiran-jiran lain. Ada yang beranggapan tindakan itu mungkin untuk melindungi privasinya, namun dia dilihat semakin aneh apabila meliputi bahagian bumbung bangunan tersebut dengan jaring penyamaran yang dipenuhi dengan dedaun tumbuhan.
Jiran-jiran mula bimbang akan kewarasan pemilik pangsapuri tersebut, namun mendapati dia bukanlah seorang yang gila. Dia sebenarnya menggunakan kesemua penyamaran tersebut sebagai taktik menyembunyikan dua tingkat tambahan yang ditambah senyap-senyap ke pangsapurinya yang sudah cukup luas. Sementara dia memaklumkan penduduk lain bahawa dia sedang menjalankan pengubahsuaian, dia sebenarnya telah menambah tingkat 19 dan 20 pada bangunan itu. Semua ini dilakukan secara rahsia untuk lari daripada undang-undang perancangan tempatan.
Penduduk lain telah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada sebarang tindakan diambil untuk tempoh dua tahun. Dikatakan, ahli perniagaan ini mempunyai hubungan baik dengan pihak berkaitan dan sukar untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya.
Akhirnya, pakar-pakar dalam bidang pembinaan memutuskan untuk masuk campur dalam kemelut yang dihadapi oleh penduduk kejiranan mewah Hai Tang Ge ini. Mereka menjalankan beberapa ujian bagi mengenal pasti kesan pembinaan dua tingkat haram tersebut ke atas keselamatan keseluruhan bangunan. Jika ianya mengganggu, tiada pilihan lain selain merobohkan dua tingkat baru itu.
Menurut sumber, kes tingkat haram sebegini sudah menjadi kebiasaan di China. Contoh lainnya seperti dua gambar di bawah.
Binaan "moutain villa" di atas bumbung bangunan pangsapuri 26 tingkat. |
Binaan sebuah tokong di atas bumbung bangunan pangsapuri 21 tingkat. |
Pautan: Oddity Central
0 komen:
Catat Ulasan