Kasut Lari Untuk Newbie

>> 11 Mac 2021

Salah satu sebab saya suka lari kerana sukan ni murah. Janji ada kasut, kita dah boleh lari. Jika dibandingkan dengan sukan lain seperti berbasikal, banyak modal yang perlu dibelanjakan.

Blog Buruk

Bagi pemula yang baru mula berlari, sepasang kasut sudah cukup. Nak spend duit beli dua, tiga pasang kasut lari mesti sayang kan. Cumanya, pemilihan kasut yang sepasang tu mestilah relevan.

Relevan tu merujuk kepada keupayaan kasut yang sepasang tu untuk melakukan banyak jenis larian di atas pelbagai jenis permukaan. Setiap kasut ada fungsi-fungsi tertentu. Ada kasut untuk larian pace laju - biasanya lebih ringan, dan ada kasut untuk larian pace perlahan - biasanya lebih berat tetapi lebih kusyen dan selesa.

Blog Buruk
Nike Runallday 2

Kasut lari yang ringan biasanya lebih mudah rosak dan kurang selesa untuk larian jarak jauh. Jangka hayat kasut juga biasanya lebih singkat. Kasut lari yang berat biasanya mempunyai lebih material dalam binaannya seperti kusyen untuk keselesaan dan getah pada bahagian tapak untuk ketahanan. Tu sebab ada kasut yang lebih berat ni lebih selesa untuk larian jarak jauh dan bertahan lebih lama.

Untuk larian di atas pelbagai jenis permukaan, kita boleh agak kot bahagian tapak atau outsole yang sepatutnya. Kalau ada sepasang kasut je, bunga pada bahagian tapak tak boleh halus atau kasar sangat. Kalau halus sangat, nanti tak boleh nak manja-manja off road. Kalau kasar sangat nanti tak best pulak nak lari on road.

Blog Buruk
Adidas Energy Cloud

Kesimpulan saya, kasut lari untuk pemula yang baik ialah kasut lari yang versatil/all-rounder, yang mampu laksana pelbagai jenis tugas. Cirinya dilihat sederhana dalam pelbagai sudut. Kalau nak sedap, memang kena beli kasut berpasang-pasang, ikut fungsi dan jenis larian.

Saya dulu pun ada sepasang kasut je untuk aktiviti sukan - joging kasut tu, hiking pun kasut tu jugak. Bertahun jugaklah macam tu sehinggalah saya beli sepasang kasut lain untuk kegunaan denai, Asics Frequent Trail. Bermula dari dua pasang, sekarang dah membiak banyak kasutnya 😅

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP