Nike Pegasus Trail 2: Selepas 100km

>> 17 Februari 2021

Kesian kasut trail semasa musim PKP ni sebab jarang guna. Nak masuk hutan tak boleh, payah sikitlah nak tambah mileage. Setakat boleh lari atas road je la buat masa ni. Syukur, elok la juga tu daripada tak boleh lari terus macam dulu.

Blog Buruk
Nike Pegasus Trail 2

Sementara tu, sempat la juga tambah mileage untuk Nike Pegasus Trail 2 saya semasa cuti Tahun Baru Cina baru ni. Ambil masa juga nak cecah 100km dengan situasi sekarang.

Baju Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2020 Virtual Run

>> 16 Februari 2021

Akhirnya sampai juga. Lama betul nak sampai baju KLSCM2020VR ni. Acara lariannya bermula pada 5 - 13 Disember 2020. Saya masuk kategori full marathon dan untuk larian 42.2km tu saya pilih untuk run pada awal pagi 5 Disember 2020 bersama seorang lagi teman sepelarian.

Blog Buruk

Compressport Free Belt Pro: Beg Pinggang Larian Pilihan

>> 15 Februari 2021

Running belt atau beg pinggang larian merupakan salah satu gear asas kepada pelari. Ia merupakan alternatif kepada running vest, malah lebih ringkas dan mungkin lebih selesa.

Blog Buruk

Selepas menggunakan berapa jenis belt, saya amat berpuas hati dengan Free Belt Pro daripada jenama Compressport ni. Selesa dan kemas dipakai di pinggang, tak kira berjalan atau berlari.

Coros Apex Pro: Selepas 1 Tahun

>> 07 Februari 2021

Saya buat survey pelbagai model sebelum decide untuk beli Apex Pro ni. Antara model dalam radar masa tu seperti siri Garmin Forerunner & Garmin Fenix 5. Nak gah, beli Garmin la ork, tapi tu lah lekat ke Apex Pro ni jugak. Harganya dilihat kekal RM2099 dulu, kini dan mungkin selamanya.

Blog Buruk
Coros Apex Pro

Paling best pasal Apex Pro dan model jam lain daripada Coros ialah baterinya yang tahan lama. Secara purata, bateri Apex Pro mampu bertahan selama sebulan untuk sekali cas. Cikai-cikai kalau selalu on GPS pun, 20 hari masih on bossku! Masih lebih lama daripada pesaingnya dari jenama lain, contoh seperti Garmin Forerunner 945.

Coros Apex Pro: Pengenalan

Di awal penglibatan dulu, saya rekod aktiviti hiking dan larian guna smartphone je. Kena sebut "hiking", sebab hiking tu yang jadikan saya semakin minat ke running. Masa tu, saya guna aplikasi Strava dalam phone.

Blog Buruk

Eh silap, dulu-dulu tak rekod pun. Main lari je ikut kemampuan waktu tu. Tengok masa pun guna G-Shock Mudman, terasa berat lak bila pakai sekarang. Selepas bertahun-tahun dengan G-Shock, Oktober 2018 saya cuba pakai Mi Band 3 - penjejak kesihatan (fitness tracker) pertama saya. Harga murah je, dalam RM100.

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP