Kalendar Penyeri Tahun 2014

>> 01 January 2014

Masuk sudah tahun 2014, tahun yang dijangkakan sebagai tahun yang lebih mencabar bagi seorang rakyat macam aku. Aku kini mempunyai 3 tahun lebih pengalaman kerja dan usia sudah mencecah 25 tahun.

BYE 2013
Selamat tinggal 2013!

Di sini ingin dikongsikan ringkasan perjalanan hidup aku sepanjang tahun 2013. Antaranya aku dapat 2 orang anak buah lelaki masing-masing daripada perkahwinan abang sulung dan abang kedua. Gelaran 'Pak Lang' secara rasminya telah digunakan. 

Oleh kerana masih bujang, tahun 2013 juga menunjukkan kekerapan tertinggi soalan kahwin terutama daripada emak aku. Sanggup dia dapatkan nombor telefon seorang saudara perempuan. Kalau ada jodoh, insyaallah tak ke mana mak. Mungkin sebab dia tengok aku berduit semacam masa berulang-alik kerja di Melaka.

Azam Tahun 2014
Masuk akal!

Hampir setahun aku dihantar bertugas ke Melaka. Tugasan yang bermula pada pertengahan tahun 2012 itu banyak mendedahkan perkara baru kepada aku yang baru ingin menapak dalam bidang yang diceburi. Selepas beberapa bulan, mampulah aku kemudiannya membeli sebuah Proton sebagai kereta pertama. Alhamdulillah!

Ego kereta baru akhirnya memakan diri. Mahupun usia kereta yang tidak sampai setahun, ia telah kemek dan pecah pada bahagian depannya kerana melanggar sebuah kenderaan yang tiba-tiba brek mengejut di hadapan. Kemalangan ini melibatkan 3 buah kenderaan dan ia membuatkan aku lebih waras ketika memandu selepas itu. 2 bulan mau tunggu siap + RM 300 saman, gua serik! Lagi best, keluarga dan teman serumah seorang pun tak tahu.

Buat Duit Dengan Blog
Pengeluaran kali pertama pendapatan terkumpul daripada Nuffang setelah beberapa tahun berblog. Pusing-pusing, umpama bayar saman je, tak balik modal pun.

Sebagai rakyat yang mahukan pemerintahan yang lebih cekap dan telus, aku telah mengundi dalam pilihan raya umum buat kali pertama. Walau keputusan pilihan raya lepas masih belum berjaya menghasilkan sesuatu yang diinginkan, dilihat ia akan membuahkan hasil di masa hadapan. Insyaallah!

Kepulangan ke tempat kerja asal di Kuantan pada Ogos 2013 disambut dengan berita yang tidak menyenangkan. Bukan setakat berakhirnya elaun bulanan yang diterima, dikhabarkan juga syarikat dalam proses pengurangan tenaga kerja. Hingga ke hari ini, ramai kakitangan yang diberhentikan. Aku terselamat tapi masih tak rasa selesa dengan situasi yang tak menentu sebegini. Terbayang nasib kereta, panggilan temuduga juga tiada. Kecewa!

Lebih perit, semua kakitangan tiada kenaikan gaji dan bonus tahunan disebabkan masalah yang dihadapi. Ditambah dengan beberapa pendekatan kerajaan pemerintah sekarang, harapnya dapatlah bertahan dan dimurahkan rezeki untuk menghadapi tahun 2014. 

Kalendar Barang Naik 2014
Kalendar paling relevan untuk tahun 2014 - The Year of the Rising Prices! Disarankan print kaler untuk kepuasan tahap maksimum.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP