Petaling Jaya Tangga Ke-5 Bandar Paling Selfie Di Dunia

>> 06 April 2014

Petaling Jaya menjadi bandar teratas dari Malaysia dengan kedudukan ke-5 dalam senarai "The Selfiest Cities in the World" yang dikeluarkan oleh sebuah laman web. Di kedudukan pertama bukanlah dimiliki bandar dari benua Amerika ataupun Eropah tetapi milik kepada bandar Makati dan Pasig, Filipina, manakala Georgetown berada di kedudukan ke-10.

10 bandar paling selfie di dunia berdasarkan senarai yang dikeluarkan ini:

1. Makati & Pasig, Filipina (258 selfie-takers per 100,000 people)
2. Manhattan, New York, Amerika Syarikat (202 selfie-takers per 100,000 people)
3. Miami, Florida, Amerika Syarikat (155 selfie-takers per 100,000 people)
4. Anaheim & Santa Ana, California, Amerika Syarikat (147 selfie-takers per 100,000 people)

5. Petaling Jaya, Malaysia
(141 selfie-takers per 100,000 people)
6. Tel Aviv, Israel (139 selfie-takers per 100,000 people)
7. Manchester, England (114 selfie-takers per 100,000 people)
8. Milan, Itali (108 selfie-takers per 100,000 people)
9. Cebu, Filipina (99 selfie-takers per 100,000 people)

bandar paling selfie
10. Georgetown, Malaysia
(95 selfie-takers per 100,000 people)
TIME (time.com), laman web yang mengeluarkan senarai bandar-bandar paling selfie di dunia ini menggunakan beberapa kaedah tertentu dalam menentukan kedudukan setiap bandar dari seluruh dunia. Keputusan yang dibuat mereka berdasarkan kepada gambar-gambar Instagram yang bertanda "selfie" (#selfie) dan disertakan koordinat geografi gambar tersebut diambil. Beberapa bandar lain dari Malaysia turut tersenarai dalam senarai tersebut. Rujuk keratan-keratan gambar di di bawah.

bandar paling selfie
Ranking 50: Johor Bahru
bandar paling selfie
Ranking 134: Kota Kinabalu
bandar paling selfie
Ranking 142: Ipoh
bandar paling selfie
Ranking 147: Kuching
bandar paling selfie
Ranking 160: Kuantan
bandar paling selfie
Ranking 179: Kuala Terengganu
bandar paling selfie
Ranking 389: Kota Bharu
bandar paling selfie
Negara jiran, Singapura berada di ranking ke-53
Pihak TIME telah memuat turun gambar-gambar dari Instagram API sebanyak 2 kali iaitu pada 28.01.2014 - 02.02.2014 dan 03.03.2013 - 07.03.2014. Selama tempoh yang dinyatakan, 402,197 gambar bertanda "selfie" yang mempunyai koordinat geografi. Jumlah itu hanya pecahan kecil daripada keseluruhan selfie dalam tempoh tersebut memandangkan kebanyakan gambar tidak disertakan dengan maklumat lokasi.

Dalam pada itu, bukan semua gambar yang ditandakan "selfie" adalah selfie. Untuk mengetahui lebih lanjut kaedah yang digunakan, sila ke TIME. Malaysia Boleh!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP