10 Cukai Jalan Kereta Orang Lebih Duit Malaysia

>> 04 December 2011

pergh...lama giler aku simpan mende ni. membe aku forward ke aku bulan Februari lepas. sekarang ni dah hujung tahun. ini antara stok entri paling lama aku simpan. boleh dikatakan basi dah kot. walaupun basi, senang je nak baca. kalau tak nak baca, cuci mata pun jadilah. huhu...

berikut 10 gambar cukai jalan kereta orang lebih duit di Malaysia. aku rasa ini bukan bayaran cukai jalan paling tinggi. mungkin banyak lagi yang lebih tinggi. tapi tengok yang ni pun dah cukup tinggi bagi aku ma. nak bayar cukai jalan moto aku pun dah rasa sayang ke duit...pe lagi yang ni.

Lamborghini XXX 515 (RM8,247.00)

Lamborghini DAD 9 (RM10,754.50)

Bentley WQB 7776 (RM15,621.00)

Lamborghini S 14 (RM17,862.00)

Lamborghini WQS 1 (RM18,494.00)

BMW WQV 555 (RM24,483.00)

Porsche Panamera S PJM 77 (RM30,391.00)
cukai kereta ni tak berapa nak jelas. aku rasa betul dah kot...sama dengan Porsche bawah ni.

Porsche Panamera 4S XXX 8 (RM30,391.00)

Lamborghini RE 22 (RM32,483.50)

Buggati Veyron - RM 24,598.50 setahun untuk 7,993cc! pada awalnya gambar takde. tapi setelah google, betullah apa yang dinyatakan tu. memang RM24,598.50. ini buktinya...

Buggati Veyron WUS 17 (RM 24,598.50)

mengikut sumber, kereta di atas ni milik Mokhzani Mahathir. aku ingat Sultan Johor je ada kereta ni. nak tahu siapa lagi mempunyai kereta ni di Malaysia? sila baca entri 3 Bugatti Veyron Di Malaysia.


papepun, yang ni tetap ganas sekali. walaupun murah, lambat lagi nak tamat tempoh. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP