Undian Peringkat Kumpulan UEFA Champions League 2012/2013

>> 31 August 2012

Undian ke atas 32 pasukan bertanding dalam UEFA Champions League telah berlangsung di Monaco pada tanggal 30 Ogos semalam. Seperti biasa, 32 pasukan ini akan diundi kepada 8 kumpulan dan setiap kumpulan akan mempunyai 4 pasukan bersaing mengikut sistem yang telah ditetapkan oleh EUFA.

KONGSA KONGSI

Sebagai peminat, aku melihat laluan mudah buat Manchester United yang diundi dalam kumpulan H. Berbeza dengan musuh setempat, Manchester City yang diundi bersama Real Madrid dalam kumpulan D. Harapnya mereka berjaya melepasi peringkat kumpulan ini dengan jayanya.

Jangan Mencaci Sesama Kita

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa satu ketika seorang lelaki sedang mencaci Abu Bakar r.a sedangkan Nabi s.a.w sedang duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Abu Bakar r.a dan Nabi s.a.w terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi s.a.w tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a menjawab akan caciannya. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi s.a.w begitu marah, bangun, lalu meninggalkannya.

Abu Bakar r.a menyusul Nabi s.a.w dibelakangnya dan berkata: Ya Rasulullah s.a.w, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampaknya marah dan bangun?

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus Bulan September 2012

KONGSA KONGSI

Jadual kuliah Ustaz Azhar Idrus bulan September 2012. Tertakluk kepada perubahan daripada pihak ustaz sendiri. Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk page Facebook Ustaz Azhar Idrus atau ustazazhar.com.

Khasiat & Kelebihan Bawang Merah

>> 30 August 2012

Tahukah anda? Bawang merah mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang dapat mengelakkan diri anda mendapat penyakit! Jika anda tidak suka makan bawang merah, mulai dari sekarang belajarlah untuk menyukainya kerana selain berfungsi menyedapkan rasa pada makanan, ia juga dapat memberi tubuh kita kesihatan yang baik. Berikut adalah khasiat-khasiatnya:


  1. Bawang merah dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman, seperti masuk angin, sembelit dan masalah cacing.
  2. Bawang merah dapat memperbaiki sistem peredaran darah dan mengelakkan radang limpa serta tekanan darah.
  3. Walaupun bau bawang merah tidak menyenangkan tetapi sebenarnya bawang merah sangat baik untuk memperbaiki sistem pernafasan.

Rabu Yang Bisu #56 - Gangnam Style

>> 29 August 2012


Ritual Pembersihan Ma'nene Tanah Toraja - Persalinan Untuk Mayat

Di Tanah Toraja, Indonesia, terdapat satu budaya aneh yang diamalkan hingga kini oleh penduduknya. Mayat si mati yang dimumiakan akan ditukar pakaiannya dalam satu upacara tradisional Ma'nene. Ahli keluarga akan menggali kubur si mati yang telah pergi dan menggantikan pakaiannya dengan set pakaian baru. Ritual ini diadakan sekali dalam tempoh tiga tahun untuk memberi peluang kepada saudara-mara menghormati roh nenek moyang mereka.


Gambar-gambar ini memaparkan upacara yang dijalankan ke atas Peter Sampe Sambara, salah seorang ketua kampung semasa hayatnya. Upacara ini berlangsung selama 3 hari, bermula dengan proses mengeluarkan mayat dari kuburnya dan diakhiri dengan majlis kesyukuran. Sila layan gambar-gambar di bawah...

Wanita Malaysia Ke-3 Paling Ramai Curang

>> 28 August 2012

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga. - Kosmo! Online

Selamat Hari Raya Aidilfitri

>> 27 August 2012

Tambahan 3 hari cuti yang diambil menjadikan cuti raya Aidilfitri kali ini betul-betul panjang. Tak keruan jadinya cuti lama-lama di kampung sehingga menyukarkan otak aku untuk berfikir mende yang perlu diupdate dalam blog ni. Masa untuk update blog ada, tapi mood dan feel tu tak berapa nak memberahikan. Aku menyambut hari raya yang biasa-biasa saja dan seperti tahun-tahun sebelumnya. Duduk di rumah sambil kadang-kadang tu terlayan juga rancangan Astro yang sudah beberapa kali dimainkan sebelum ini. Sungguh kejam Astro!

Banyak mende yang nak dikongsi tapi masih belum berkesempatan.  Nasib korang la kalau ada yang baca entri ni. Harapnya semua selamat kembali menjalani tanggungjawab masing-masing pada hari Isnin yang selalu menguji kekentalan mental kita semua. Masa macam ni la baru terasa kenikmatan kalau dapat makan atau merasa balik apa yang dihadapkan pada hari 1st raya dulu kan?

Kad raya vs kad kahwin

Rabu Yang Bisu #55 - Fakta Samping

>> 15 August 2012

Fantasy Premier League 2012/2013 - Liga Blogger Malaya

Kemenangan 3-2 Manchester City ke atas Chelsea dalam perlawanan Perisai Komuniti baru-baru ini menandakan sepak mula Liga Perdana Inggeris yang semakin hampir. Begitu juga dengan Fantasy Premier League yang disertai oleh ramai peminat bola sepak Inggeris di seluruh dunia. Kepada peminat yang menceburkan diri dalam "bidang" ini, jangan lupa untuk kemas kini pasukan masing-masing.

Fantasy Premier League 2012/2013

Seperti edisi sebelum ini, Liga Blogger Malaya telah dibuat untuk disertai oleh seramai mungkin blogger Malaysia yang berminat. Kerjasama anda untuk kongsikan kepada rakan blog yang lain amat dialu-alukan. Semakin ramai penyertaan, semakin sengit dan meriahlah saingan. Tiada syarat-syarat tambahan pun daripada aku sebagai admin liga. Janji anda ada daftarkan pasukan dalam Fantasy Premier League dan amat diharapkan anda juga seorang blogger. Baru kena dengan nama liganya.

Ciri-ciri Keselamatan Duit Kertas Baru Malaysia

>> 14 August 2012

Pada penghujung tahun 2011 lagi, pihak Bank Negara Malaysia telah melancarkan duit syiling dan duit kertas baru Malaysia. Pengeluaran duit syiling dan duit kertas baru ini disusuli dengan beberapa isu "kontroversi". Ada yang cuba mengaitkan rekaannya dengan 'teori konspirasi' dan ada juga yang menyamakannya dengan 'duit orang mati'. Macam-macam...dan aku tidak berminat untuk mengulas pasal itu.

KONGSA KONGSI

Aku percaya bila ada sesuatu mende yang baru keluar, ramai orang ingin untuk memilikinya. Sehingga hari ini, aku masih belum berpeluang memiliki semua duit kertas baru melainkan duit syiling. Duit kertas baru seringgit pun aku belum pernah dapat lagi.

Bini Sempoi Bagi Kahwin Lain

>> 13 August 2012

Dalam banyak-banyak blog yang aku pernah baca, entri dalam blog ini antara yang paling mengagumkan aku. Ringkas je penulisannya dengan beberapa ayat. Bezanya dengan blog lain yang aku selalu baca, tuan blog menggunakan loghat Pahang yang kadang-kadang tu aku sendiri sebagai orang Pahang pun mengambil masa untuk faham. Saya biasa cakap bahasa Melayu standard je. 

Bersahaja je beliau meluahkan keseronokan untuk kahwin lain. Ayat "orang rumoh pulok tak kesoh" tu bagi aku terbaek! Cayalah bro!


Budak Kurus Dan Budak Gemuk Bergaduh

>> 12 August 2012

Tak mustahil badan yang kecil memiliki semangat yang besar. Tapi jangan lupa, besar macam mana semangat yang kita ada sekali pun, kena sedar juga kemampuan yang kita ada. Jangan buat mende bodoh, pastu diri sendiri yang menanggung derita. Macam dalam video di bawah, tak pasal-pasal budak keding ini kena smack dengan budak yang lebih besar darinya. Padan sangat dengan apa yang dia dah buat tuh...


Buatan Malaysia: 10 Ragam Penunggang Motosikal (Bahagian 2)

>> 11 August 2012

KONGSA KONGSI

10 lagi ragam orang kita bersama motosikal mereka. Seperti dalam Buatan Malaysia: 10 Ragam Penunggang Motosikal sebelum ini, 10 gambar berikut juga memaparkan aksi tunggangan dan boncengan yang jarang dapat dilihat oleh kita semua. Bukan semua aksi dalam ini salah, cuma mungkin sebahagiannya agak eksotik! Pandai-pandailah bezakan yang mana betul dan yang mana salah.

Siapakah insan yang bertuah sangat dapat bapak patung ni nanti? 

Petua Imam Ghazali Mencari Malam Lailatul Qadar

>> 10 August 2012

Maksud Lailatul Qadar
Lailatul Qadar atau Lailat al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang di dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.


Tanda-tanda Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah malam yang berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Rabu Yang Bisu #54 - Sebagai Pekerja

>> 08 August 2012


Bapa Bunuh Dan Makan Daging Pembuli Anaknya (10 Gambar)

Kisah orang makan orang ini menunjukkan kanibalisme yang pernah berlaku di Filipina. Ianya bukan kisah mutakhir kerana telah berlaku sekitar tahun 2009 lagi.


Seorang bapa di bandar Naawan yang terletak di daerah Misamis Oriental, Filipina bertindak kejam dengan membunuh "saing" anak lelakinya sebelum dilapah daging dari tubuh mangsa dan dikongsi bersama teman-teman minumnya. Polis berkata penduduk menemui baki tinggalan tubuh Rey Dadoles yang berusia 16 tahun ketika itu di sebuah kawasan berumput.


Kondom Untuk Orang Islam, Dijamin Halal?

>> 03 August 2012

Terkejut bila dapat tahu info ini melalui email. Wujudkah "kondom" sebegini di dunia nyata atau hanya retorik alam maya semata-mata? Berikut petikan daripada sumber.

Bolehkah kondom di bawah ini digunakan oleh orang bukan Islam, atau hanya untuk mereka yang beragama Islam?

KONGSA KONGSI

Terjemahan: Dicelup dalam air zamzam untuk restu tambahan. Setiap kondom dirahmati dengan ayat-ayat suci dan doa dari sunnah Nabi untuk menghindar gangguan syaitan semasa jimak.

Tip Untuk Kawal Marah

Tip kawal kemarahan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW;

  1. Kalau anda sedang berdiri, duduklah.
  2. Kalau anda sedang duduk, baringlah.


Ingat kisah ini sebelum anda marah/memaki hamun orang lain!

Abu Hurairah dan Said al-Magburi meriwayatkan; "Ada seorang lelaki memarahi Sayyidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah SAW duduk di sebelahnya. Nabi diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata; "Ya Rasulullah, dia memaki hamun aku dan engkau pula diam. Ketika aku menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Buatan Malaysia: 10 Situasi Tidak Kena Tempat

>> 02 August 2012


Kembali lagi dalam siri Buatan Malaysia yang menghimpunkan rakaman-rakaman gambar yang berlaku di negara kita. Dalam siri ke-9 ini, kita akan lihat ragam-ragam orang di Malaysia yang melakukan sesuatu tidak pada tempatnya. 10 situasi berikut menjadi pilihan untuk dikongsi.

Berkesan ke kalau ada yang "press" sekali pun? Durian kot...

Rabu Yang Bisu #53 - Buka Puasa

>> 01 August 2012

KONGSA KONGSI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP